Perniagaan secara online kini menjadi pilihan usahawan - usahawan muda. Kelebihan perniagaan yang dapat menjimatkan kos sehingga 50% berbanding perniagaan konvesional menyebabkan para usahawan mula beralih arah. Kemudahan intenet yang semakin baik, membantu mengubah cara pelanggan membuat pembelian. Jika anda masih baru dan ingin mencuba perniagaan online secara part time, gunakan peluang berniaga online secara dropship. Kelebihan dropship, anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. hanya ambil tempahan dan membuat pembayaran. Segala proses penghantaran akan diururskan oleh pihak dropship.Untuk mencari produk dropship anda boleh rujuk di laman web KUMOTEN . Laman web ini banyak menyediakan produk - produk dropship yang sedia untuk di jual.
Apabila terhasilnya telefon
pintar/smartphone, aplikasi - aplikasi media sosial mula berkembang pesat. Pelbagai aplikasi smartphone memudahkan cara berhubung antara
pelanggan dan peniaga online. Pihak bank juga telah meningkatkan perkhidmatan pembayaran online dengan mudah dan lebih selamat. Mudahkan, tak perlu lagi memandu kereta untuk ke shopping mall.
Jika anda seorang peniaga yang
masih baru dalam perniagaan online, ada beberapa aplikasi smartphone yang boleh
anda gunakan untuk memulakan perniagaan online. Paling penting cara ini boleh
membantu menjimatkan kos pemasaran sehingga 80%.
1 . Facebook
Facebook antara salah satu medium media sosial yang paling ramai pengguna di seluruh dunia. Jika anda seorang peniaga online,
menggunakan facebook merupakan satu langkah terbaik untuk memulakan promosi. Pengguna facebook sentiasa
bertambah setiap tahun. Wujudkan
akaun fanpage dan group facebook sebagai kedai online. Dengan post – post yang
menarik di facebook menjadikan fanpage anda bernyawa. Setiap kali prospek anda
membaca status yang anda post, meningkatkan lagi kepercayaan mereka terhadap
perniagaan yang anda jalankan. Untuk panduan lengkap bagaimana untuk menjadikan
fanpage anda meriah bagaikan fanpage superstar, boleh dapatkan panduan Fanpage Superstar ditulis oleh Nigel Ong.
2. Instagram
Instagram asalnya adalah untuk
media sosial yang berasaskan fotografi. Snap pakai handphone, kemudian upload.
Bila media sosial ini berkembang, ramai yang nampak peluang untuk monetize
akaun instagram masing-masing. Maksudnya, cuba nak buat duit sampingan dengan
akaun instagram mereka. Kelebihan menggunakan hastag (#) sebagai trending di Instagram memudahkan pelanggan mencari peniaga – peniaga online yang boleh menawarkan mereka produk atau perkhidmatan
di Instagram. Seperti facebook, prospek pelanggan yang berkualiti boleh
menghasilkan jualan. Bagaimana cara berniaga online di instagram?
Boleh
dapatkan panduan di link ini :
3. WeChat
Selain Whatsapp, aplikasi lain
yang boleh meningkatkan promosi perniagaan adalah WeChat. Masih ramai peniaga
boleh memaksimumkan penggunaan WeChat. Berikut ada beberapa fakta WeChat yang
boleh ambil kira.
- 300 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia memegang kedudukan teratas bagi carta aplikasi percuma untuk enam minggu berturut-turut sekali gus menjadi aplikasi sosial nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.
- 60 peratus adalah di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.
Jika anda belum download aplikasi wechat, saya sarankan
download aplikasi ini sekarang. Pengguna Wechat dikalangan anak – anak muda
berpotensi sebagai pelanggan tetap anda. Mereka sudah terdedah dengan internet.
Jadi semakin mudah untuk berurusan dengan mereka.
No comments:
Post a Comment