Wednesday, November 9, 2016

Tips Ringkas Untuk Lulus Temuduga Kerajaan

Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my

Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar.

Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan?

Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan. Antara sebabnya : 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan.
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah.
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita.
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD).
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA).
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan.
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan.
Dengan tawaran yang baik, tidak mustahil pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan. Keadaan sudah berubah. Tawaran pekerjaan yang sangat terhad menyebabkan persaingan semakin tinggi. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum anda memasuki alam temuduga.

kerja kosong kerajaan


Tips ringkas untuk anda lulus temuduga.
  1. Selepas anda mendapat surat panggilan untuk temuduga, baca dengan teliti. Lihat tarikh dan tempat temuduga. Jadi anda boleh rujuk tempat temuduga dengan lebih awal. 
  2. Sediakan dokumen - dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga. Pastikan lengkap dan tersusun. Ini untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda.
  3. Berpakain kemas dan tidak terlalu seksi.
  4. Duduk dengan sopan, dan mata fokus ke arah penemuduga.
kerja kosong kerajaan




Antara soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga :

  • Terangkan Tentang Diri Anda?
  • Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  • Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  • Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  • Apa Lebihnya Anda Berbanding Calon Lain?
  • Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  • Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  • Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  • Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  • Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?
Sebagai rujukan untuk anda lulus temuduga, anda boleh rujuk panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan . Tip - tip penting ketika temuduga akan dikongsikan sebagai rujukan. Semoga berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Click Ad3