Monday, September 10, 2012

Minda Kekayaan Robert Kiyosaki dikupas dalam isu berbahasa melayu

masih lagi dalam mood raya, baru balik dari open house runah sebelah. Macam biasa makan mesti kasi gegar punya. Malam ni mula lah termengah-mengah nak nafas. penuh dan sarat dengan segala raya punya makanan. 

Setelah beberapa minggu tak menghasilkan post, maklumlah puasa. Nak mengadap laptop pun boleh terlelap. Normal la tu kan. dah penat. Beberapa hari ni ada baca bebarapa artikel mengenai Robert Kiyosaki. Mentor pengurusan kewangan #1 di dunia. 

Mungkin ramai yang dah dapatkan buku "rich dad poor Dad".Memang top selling satu dunia buku ni selain novel la kan. Ada sesetengah dah baca buku ni, tapi masih belum faham lagi apa yang diceritakan oleh beliau.

Ada alternatif untuk anda, dalam versi bahas melayu tapi bukan 100% dialih bahasakan. Cuma sedikit perbicangan di selitkan dalam Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .
Antara bab-bab atau isi penting yang dikupa di sini adalah berkaitan ; 


Dalam bab 1, anda akan mengetahui mengenai hidup jurulatih kewangan no. 1 di dunia. Anda akan mengetahui apa yang pernah Robert buat di dalam hidupnya. Dan kegagalannya. Semua perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Robert.

Dalam bab 2, anda akan dibawa kepada zaman Rich Dad, Poor Dad. Itulah permulaan Robert Kiyosaki di mata umum. Anda akan melihat apa Robert buat pada waktu itu dan teras utama buku tersebut.

Bab 3
merupakan bab terpenting dalam e-book ini. Anda akan melihat apa penulis fikirkan mengenai Minda Robert Kiyosaki. Ini penting. Walaupun di dalam bab-bab sebelumnya anda sudah didedahkan dengan serba sedikit mengenai Robert Kiyosaki dan mindanya, di dalam bab ini segalanya akan menjadi semakin jelas.

Alasan mengapa saya ingin tahu tentang otak dan bagaimana ia bekerja kerana saya terkejut ramai yang bercakap mengenai sesuatu perkara tetapi mereka melakukan perkara yang lain.” - Robert T Kiyosaki, Rich Dad Increase Your Financial IQ.

Jadi jika anda masih lagi kurang faham maksud tersirat yang dibincangkan di buku Rich dad poor Dad.Aku syorkan untuk membaca Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .