Sunday, February 5, 2012

Blog simple sangat...

Blog yang ringkas dan menarik menjadi satu daya tarikan untuk pengunjung melawat blog anda. Sebab munasabab blog anda perlu ringkas dan menarik, supaya blog lebih cepat dan tidak terlalu berat untuk dipaparkan. Ini untuk mengelakkan pengnjung terpaksa menunggu lama, sedangkan post blog yang anda taip memang menarik. 



Cuba anda cari blog yang begitu meriah warna blognya, pasti rasa lama jer tunggukan. Meriah warnanya memang menarik,tapi sebagai pengguna broadband yang kadang-kadang tak tentu line dia, slow jer rasa. kalau guna unifi tiada maslah.

Kurangkan widget yang tidak berapa berfungsi dalam blog anda, Kebanyakan widget adakalanya mengganggu proses paparan blog anda. Kegunaan warna blog anda seharusnya tidak lebih dari 3. Blog yang simple tidak semestinya terlalu ringkas, tapi pastikan menarik dan menjadi perhatian pelawat.Anda boleh lihat blog atau laman web syarikat terkemuka dunia. Kebanyakan tidak menggunakan terlalu banyak warna.

Cubalah..mana tau blog anda yang suram sebelum ni  akan berubah selepas blog bertukar simple.

1 comment: