TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Di sini saya akan berikan beberapa tip mudah untuk peniaga baru membeli barang di laman web taobao menggunakan ejen di Malaysia. Dengan bermodalkan RM50 anda dah boleh mula berniaga.

Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Borong Di Taobao 



Tip 1 : Cara Selamat Guna Ejen Taobao



Jika kita masih baru dalam urus niaga di Taobao, saya syorkan anda untuk menggunakan ejen sebagai orang tengah. Sebagai orang yang masih baru, ejen diperlukan untuk urusan tempahan, pembayaran dan semakan tempahan kita. Taobao tidak menerima bayaran bank tempatan. Sebaliknya pula apabila kita menggunakan khidmat ejen. Ejen memudahkan kita untuk membayar mengikut amaun yang kita beli.

Ejen - ejen taobao juga mempunyai gudang mereka sendiri untuk membuat semakan barang yang kita tempah. Jika ada sebarang kerosakan atau tidak cukup, ejen akan buat memberitahu kepada penjual. Refund barang boleh dipercepatkan. Jika anda membuat urusan tanpa ejen, selalunya refund barang tidak akan dapat dilakukan.


Tip 2 : Cara Pemilihan Ejen



Ada beberapa cara pemilihan ejen yang perlu diambil kira. Pemilihan ejen yang bagus memudahkan urusan kita. Beberapa ejen yang sesuai unutk anda cuba. 


Selebihnya anda boleh google sendiri. Ciri - ciri ejen yang sesuai untuk anda pilih .
  1. Review laman web. Pastikan laman web dipercayai dan ada komen dari pelanggan terdahulu. Boleh rujuk pada blog review ejen - ejen yang anda pilih. 
  2. Mudah berurusan untuk membuat tempahan.
  3. Respon email yang pantas
  4. Semak urusan pembelian, sama ada mudah atau susah.
  5. Boleh buat pembayaran menggunakan transfer online, debit kad dan paypal
  6. Caj perkhidmatan yang tidak terlalu mahal.


Tip 3 : Cara Pemilihan Barang Di Taobao




Untuk peniaga yang berskala kecil, pemilihan barang amat penting. Beberapa kriteria penting untuk pemilihan barang yang perlu di ambil kita. Antara contoh barang yang boleh anda pilih, beg, pakaian aksesori telefon.

  1. Produk yang anda pilih sekurang-kurangnya tidak melebihi 400 gram seunit. Perlu ingat, jika berat melebihi 1 kg, caj penghantaran akan semakin tinggi.
  2. Elakkan produk - produk digital. Barangan digital selalunya sensitif. Tidak semuanya akan berfungsi dengan baik.
  3. Pastikan barang yang anda pilih senang nak di bawa masuk ke Malaysia.
  4. Setelah membuat pemilihan produk, bandingkan harga di pasaran online. Contohnya di Lazada, Shopee, Lelong dan 11street.
  5. produk yang anda pilih ada permintaan. Cepat habis, Cepat dapat modal untuk beli barang lain.
  6. Pengiraan kos selalunya 15% (kos penghantaran) + modal barang. Cuba dapatkan barang yang boleh dijual di Malaysia di bawah harga RM30. Selalunya mudah dijual dengan harga RM30.


Tip 4 : Promosi Barang 

Jika anda seorang peniaga online, persaingan jualan selalunya melibatkan laman web lazada, lelong, 11 street dan Shopee. Mereka boleh menawarkan harga yang super murah yang tak dijangkau oleh akal. Kadang kala di bawah paras kos modal. Geram kan. Oleh itu, sebelum membuat pembelian barang pastikan anda dah kaji harga purata jualan di Malaysia.
Untuk membuat promosi, pelbagai sumber media sosial anda boleh gunakan. Anda boleh gunakan facebook, Instagram atau Blog. Jika anda berminat untuk promosi secara shopping dengan percuma, anda boleh menjadi ahli seller di 11street, shopee dan mudah.my
Mudahkan untuk memborong secara online. Anda sudah jimat hampir RM2000. Tidak perlu book segala tiket kapal terbang, hotel dan makan. Duduk depan komputer pun boleh. 

Jika anda memerlukan lebih pandaun, saya syorkan anda ebook panduan Borong di Taobao. Beberapa testimoni ebook sebagai bukti ebook ini telah membantu peniaga - peniaga kecil. Dengan setiap pembelian ebook taobao, anda akan diberikan akses masuk ke group VVIP pemborong barang di China







Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan? Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakannya. Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya.
Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.




Jurufoto Profesional, Dibayar Sehingga RM7,000 Untuk 1 Sesi Fotografi.

Itu hanyalah contoh. Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K - 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.
Anda fikir semua ini karut? Biar kami beri sedikit penjelasan. Saban tahun semakin ramai bakal pengantin yang akan berkahwin. Untuk melangsungkan perkahwinan, mereka akan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara-mara dan kenalan seramai mungkin untuk memeriahkan majlis.
Kalau setakat nak keluar belanja RM20,000 itu satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu moden terutamanya di kawasan bandar. Belanja untuk catering, khemah, pelamin, khidmat jurufoto, p.a. system, hantaran, doorgift, kumpulan kompang, solekan, mandi bunga, pakaian pengantin dan banyak lagi – itu perkara-perkara yang mesti ada untuk mengadakan walimatul-urus.
Kebanyakan orang tidak mengalami masalah besar mengeluarkan banyak wang untuk berkahwin kerana mereka mendapat sebahagian sokongan kewangan dari ahli keluarga dan saudara-mara. Ramai bakal pengantin sanggup membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran ala-ala VIP. Lagipun hasil wang sedekah yang akan diterima dari para tetamu mungkin boleh cover sekurang-kurangnya 30% daripada kos belanja kahwin.

Untuk mengupah jurufoto yang berkebolehan menghasilkan foto-foto perkahwinan yang cantik, mereka tidak kisah untuk membayar sehingga ribuan ringgit. Asalkan mereka puas hati supaya foto-foto perkahwinan mereka boleh diabadikan menjadi kenangan terindah. Jika anda pandai shoot dan bijak menawarkan pakej yang menarik, jangan terkejut ada bakal pengantin yang sanggup membayar sehingga RM4,000.

Jurufoto Profesional Masih Lagi Tidak Mencukupi!
Yang menjadi satu masalah di Malaysia hari ini ialah industri fotografi perkahwinan semakin meningkat setiap tahun. Tetapi jumlah jurufoto yang mengikut standard profesional adalah terlalu sedikit. Memang betul, terdapat ramai jurufoto kahwin di luar sana tetapi kebanyakan daripada mereka hanyalah golongan hobbyist. Jurufoto hobbyist tidak mempunyai banyak ilmu teknikal dalam selok-belok fotografi perkahwinan. Tahap kualiti foto-foto mereka pun hanya setanding dengan orang yang menggunakan kamera digital berharga RM400.
Ramai pasangan pengantin terpaksa mengupah jurufoto-jurufoto hobbyist ini kerana faktor kekurangan jurufoto yang betul-betul berkebolehan dalam menghasilkan foto-foto perkahwinan yang menarik dan memukau mata. Jadi, di sinilah peluang keemasan anda. Jika anda tahu cara yang betul untuk menjadi wedding photographer (tak perlu ada kelulusan kolej dan universiti), anda boleh mendapat banyak tawaran daripada ramai bakal pengantin yang akan berkahwin.
Apabila anda telah mendapat banyak tawaran dan menjadi semakin pro, anda boleh tawarkan pakej berharga dari RM3,000 sehingga RM7,000. Cuba kira, berapa keuntungan anda dapat sekiranya anda mendapat kerja fotografi perkahwinan setiap minggu sepanjang tahun?
Fotografi kahwin ialah salah satu bisnes yang tidak akan merosot sampai bila-bila pun. Tiada jurufoto individu atau syarikat fotografi yang mampu memonopoli pasaran fotografi kahwin di Malaysia. Setiap jurufoto baru seperti anda berpeluang untuk merebut ‘lubuk duit’ ini.
Mesti anda berangan-angan untuk menjadi kaya dengan fotografi perkahwinan sahaja. Tapi tunggu dulu……Terdapat banyak lagi genre-genre fotografi yang popular di Malaysia dan menguntungkan untuk anda ceburi sekiranya anda mahu menjadi jurufoto profesional secara sepenuh-masa.
Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi!
Tahukah anda?. Dengan fotografi kahwin sahaja, anda boleh dapat RM500 – RM1000 sebulan dalam tangan kerana fotografi jenis ini ialah yang paling popular dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi di mana-mana negara sekalipun. Yang penting anda perlu tahu selok-belok bagaimana untuk bermula. Apakah peralatan kamera DSLR paling basic anda perlu miliki walaupun dengan bajet yang sedikit?

Anda tahu cara untuk bermula, bagaimana nak buat iklan dengan modal RM10 sahaja dan pandai meniru – mudah sahaja untuk anda dapat panggilan dari pelanggan untuk tempahan dan bayaran deposit. Tetapi mungkin anda masih skeptikal. Jika jana pendapatan dengan fotografi adalah semudah itu sahaja, mengapa ramai yang tidak merebut peluang ini?
Mengapa Bisnes Fotografi Sangat Mudah?



Jika anda telah baca sampai ke barisan ini, itu bermakna anda merupakan salah seorang peminat fotografi. Mungkin anda telah memiliki satu set kamera DSLR ataupun mungkin anda sedang menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera.
Tetapi alang-alang anda berminat dengan fotografi, apa salahnya jika anda menjadikannya sebagai satu peluang bisnes di samping menimba banyak pengalaman baru untuk menjadi lebih pro. Fotografi ialah satu bisnes yang sangat menguntungkan sekiranya anda tahu rahsia-rahsia yang tidak diketahui ramai.
Mengapa bisnes fotografi sangat mudah?
#1. Permintaan Pasaran Yang Luas
Banyak kenduri kahwin diadakan setiap minggu. Cuba anda kaji di sekitar tempat anda tinggal pada musim cuti sekolah dan kira berapa banyak khemah majlis perkahwinan dipasang?
Itu tidak termasuk majlis bertunang. Pasaran fotografi terutamanya dalam genre perkahwinan dan pertunangan mendapat permintaan yang tinggi sehingga bakal pengantin sukar mencari khidmat jurufoto.
Pendek kata, bukan jurufoto yang mencari klien tetapi sebaliknya klien yang mencari jurufoto. Itulah dilema dalam industri fotografi di Malaysia di mana kekurangan jurufoto berkebolehan untuk menampung permintaan khidmat fotografi. Anda boleh rebut peluang ini sekiranya anda bermula hari ini.
Selain daripada perkahwinan, khidmat fotografi banyak diperlukan dalam fotografi acara seperti hari keluarga, majlis perasmian, seminar, makan malam dan sebagainya. Fotografi acara mendapat banyak permintaan dari sektor kerajaan dan swasta. Buat masa ini perniagaan fotografi acara banyak di dominasi oleh jurufoto bukan Melayu.
Khidmat fotografi juga diperlukan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk pengiklanan produk keluaran mereka. Genre ini dikenali sebagai fotografi pengiklanan. Anda boleh jana keuntungan lumayan dengan membuat fotografi untuk produk seperti makanan, kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.
Terdapat banyak lagi genre fotografi yang menguntungkan boleh anda ceburi di Malaysia tetapi yang paling mudah, cepat dan menguntungkan ialah fotografi kahwin.
#2. Sangat Menguntungkan
Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia : -
  • Engagement – RM600 – RM1,000
  • Wedding (basic) – RM800 – 1,200
  • Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
  • Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
  • Birthday party (basic) – RM600
  • Birthday party (standard) – RM1,200
  • Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
  • Product (per item) – RM100 – RM300
  • Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
  • Event (half-day) – RM400
  • Event (full-day) – RM800
  • Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
  • Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
  • Staff profile (per staff) – RM50 – RM100
Kalau sebulan anda boleh dapat dua wedding photography, dua event, satu birthday party – RM4,000 sudah ada dalam tangan. Jika anda telah berpengalaman dan tahu selok-belok industri ini tidak mustahil untuk anda dapatkan tender fotografi majlis graduasi dari taska, kolej dan universiti.
Contoh Keuntungan Untuk Fotografi Majlis Konvokesyen: -
Seorang siswazah anda caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame + glass.
Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe setbackdrop, cetakan dan framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!
Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.
#3. Fleksibel
Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!
Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.
Dengan bisnes fotografi anda dapat kebebasan mutlak di samping bayaran yang lumayan. Bekerja hari minggu kalau untuk perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Dapat satu wedding photography sebulan sudah mencukupi untuk belanja sebulan.
Lebih baik jika anda terima kerja fotografi sebanyak yang mungkin, ianya boleh menjadikan poket anda semakin tebal. Jika anda mahu fokus kepada fotografi perkahwinan sahaja, anda hanya perlu guna tulang empat kerat pada hari minggu.
#4. Tak Perlu Modal Besar
Dengan RM3,000 anda boleh beli sebuah iPhone baru tapi apa keuntungan yang anda dapat? Mungkin rasa bangga dan megah boleh tayang pada kawan-kawan. Beberapa bulan kemudian anda akan berasa bengang kerana model iPhone lebih baru dikeluarkan di pasaran pada harga yang sama dan iPhone anda telah menjadi ketinggalan.
Tetapi dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis beginner) termasuk manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti weddingengagementeventbirthday party dan lain-lain.
Dalam banyak-banyak electronic gadget, kamera DSLR ialah yang paling menguntungkan kerana anda beli sekali sahaja tetapi boleh buat duit berkali-kali setiap bulan. Anda tak perlukan kamera DSLR jenis canggih untuk bermula sekiranya anda tahu apakah rahsia sebenar bisnes fotografi.
#5. Kekurangan Jurufoto
Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah. Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.
Contohnya, jika anda mahu berkahwin 1 bulan lagi dan baru hendak mencari jurufoto, ianya mungkin akan jadi satu masalah besar kerana kebanyakkan jurufoto yang berhampiran lokasi anda sudah penuh ditempah. Lebih-lebih lagi jika tiba musim kahwin (cuti sekolah).
Letakkan situasi ini di mana anda sebagai seorang jurufoto, berapa banyak peluang sedang mencari anda? Pasti tak menang tangan untuk anda terima kerja fotografi daripada ramai klien setiap minggu. Jangan terkejut ada jurufoto amatur yang pandai dalam internet marketing mampu mendapat tawaran sehingga 13 wedding photography pada satu musim sekolah sahaja.
Jika anda tahu bagaimana cara nak marketkan khidmat fotografi anda sama ada secara online atau biasa, tiap-tiap minggu anda boleh dapat satu atau dua job. Itu baru fotografi kahwin. Genre-genre lain yang lebih menguntungkan juga memerlukan ramai jurufoto dan anda boleh rebut peluang ini.

#6. Bisnes Untuk Sesiapa Sahaja
Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? – tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan fotografi boleh melakukannya.
Anda tak perlu modal besar. Anda tak perlu pejabat atau studio. Anda tak perlu komputer canggih. Anda tak perlu banyak peralatan untuk bermula. Anda tak perlu belajar sijil, diploma atau ijazah fotografi. Anda tak perlu jadi pro untuk bermula.

IKLAN : 

Ketahui Cara Menjana Pendapatan Antara RM1,000 hingga RM3,000 Sebulan Menggunakan Kamera Anda!







Perniagaan secara online kini menjadi pilihan usahawan - usahawan muda. Kelebihan perniagaan yang dapat menjimatkan kos sehingga 50% berbanding perniagaan konvesional menyebabkan para usahawan mula beralih arah. Kemudahan intenet yang semakin baik, membantu mengubah cara pelanggan membuat pembelian. Jika anda masih baru dan ingin mencuba perniagaan online secara part time, gunakan peluang berniaga online secara dropship. Kelebihan dropship, anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. hanya ambil tempahan dan membuat pembayaran. Segala proses penghantaran akan diururskan oleh pihak dropship.Untuk mencari produk dropship anda boleh rujuk di laman web KUMOTEN . Laman web ini banyak menyediakan produk - produk dropship yang sedia untuk di jual.




Apabila terhasilnya telefon pintar/smartphone, aplikasi - aplikasi media sosial mula berkembang pesat. Pelbagai aplikasi smartphone memudahkan cara berhubung antara pelanggan dan peniaga online. Pihak bank juga telah meningkatkan perkhidmatan pembayaran online dengan mudah dan lebih selamat. Mudahkan, tak perlu lagi memandu kereta untuk ke shopping mall.

Jika anda seorang peniaga yang masih baru dalam perniagaan online, ada beberapa aplikasi smartphone yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online. Paling penting cara ini boleh membantu menjimatkan kos pemasaran sehingga 80%.


1 . Facebook



Facebook antara salah satu medium media sosial yang paling ramai pengguna di seluruh dunia. Jika anda seorang peniaga online, menggunakan facebook merupakan satu langkah terbaik untuk memulakan promosi. Pengguna facebook sentiasa bertambah setiap tahun. Wujudkan akaun fanpage dan group facebook sebagai kedai online. Dengan post – post yang menarik di facebook menjadikan fanpage anda bernyawa. Setiap kali prospek anda membaca status yang anda post, meningkatkan lagi kepercayaan mereka terhadap perniagaan yang anda jalankan. Untuk panduan lengkap bagaimana untuk menjadikan fanpage anda meriah bagaikan fanpage superstar, boleh dapatkan panduan Fanpage Superstar ditulis oleh  Nigel Ong.


2. Instagram





Instagram asalnya adalah untuk media sosial yang berasaskan fotografi. Snap pakai handphone, kemudian upload. Bila media sosial ini berkembang, ramai yang nampak peluang untuk monetize akaun instagram masing-masing. Maksudnya, cuba nak buat duit sampingan dengan akaun instagram mereka. Kelebihan menggunakan hastag (#) sebagai trending di Instagram memudahkan pelanggan mencari peniaga – peniaga online yang boleh menawarkan mereka produk atau perkhidmatan di Instagram. Seperti facebook, prospek pelanggan yang berkualiti boleh menghasilkan jualan. Bagaimana cara berniaga online di instagram?

Boleh dapatkan panduan di link ini : 


3. WeChat



Selain Whatsapp, aplikasi lain yang boleh meningkatkan promosi perniagaan adalah WeChat. Masih ramai peniaga boleh memaksimumkan penggunaan WeChat. Berikut ada beberapa fakta WeChat yang boleh ambil kira.
  • 300 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia memegang kedudukan teratas bagi carta aplikasi percuma untuk enam minggu berturut-turut sekali gus menjadi aplikasi sosial nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.
  • 60 peratus adalah di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Jika anda belum download aplikasi wechat, saya sarankan download aplikasi ini sekarang. Pengguna Wechat dikalangan anak – anak muda berpotensi sebagai pelanggan tetap anda. Mereka sudah terdedah dengan internet. Jadi semakin mudah untuk berurusan dengan mereka.

Untuk lebih mahir menggunakan WeChat dapatkan panduan di link ini. 







Ramai yang ingin membina blog sendiri. Adakalanya masih tidak tahu bagaimana nak mulakan. Bagaimana jika saya bantu anda membina satu blog anda menggunakan blogspot. Saya boleh bantu anda membina blog berkaitan perniagaan, makanan, personal blog dan blog foto. Saya menggunakan template blogspot. Ia mudah diurus dan senang dikawal selia. Terutama untuk mereka yang baru belajar untuk membina blog.

Jika anda seorang peniaga, blog juga memainkan peranan untuk meningkatkan kredibiliti perniagaan. Saya berikan beberapa contoh blog yang saya bina untuk pelanggan saya.


1 - https://khasiatminyakargan.blogspot.my
2 - www.autobestowing.com (contoh domain berbayar)
3 - https://ohsemjubah.blogspot.my/


Berapa caj untuk setiap pakej?

Pakej 1 : Blogspot & domain free  (RM50)

Pakej 2 : Blogspot & domain berbayar (RM100)

Pakej 3 : Template blog premium & domain beebayar (RM180)


Setiap tempahan akan disiapkan dalam tempoh 10 hari bekerja.
Segala perubahan boleh dilakukan dalam tempoh tersebut sehingga anda berpuashati.
Perubahan harga tertakluk pada permintaan.

Jika anda berminat untuk berurusan, boleh hubungi saya melalui

e - mail : nsdin007@gmail.com
Whatsapp : 012 923 8949


Jika anda berminat untuk mempelajari buat blog menggunakan platform wordpress boleh rujuk link yang diberikan ( KLIK DI SINI )



Dalam dunia internet, apa –apa perniagaan boleh dilakukan secara maya. Kini penggunaan internet semakin meluas. Dengan adanya aplikasi atau web yang menggunakan media sosial telah membantu meningkatkan lagi urus niaga dalam talian.

Ramai yang ingin belajar berniaga. Kebanyakannya masih tercari – cari produk untuk dijual secara online. Ada yang berminat untuk mencari produk dari China tetapi masih belum jumpa cara untuk mendapatkan barang dengan harga pukal/borong .

Kenapa borong barangan dari China menjadi pilihan?
Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia.


produk borong dari china



Sedia maklum barangan China adalah pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan elektronik boleh diborong dari China. Tahukah anda jika kita pergi memborong sendiri di China melibatkan kos yang agak besar. Jadi tidak berbaloi untuk seseorang menghabiskan kos modal besar untuk pergi ke sana. Kita perlu fikir kos penerbangan, kos makan minum, kos hotel dan kos beg. Paling minimum RM3000 anda perlu sediakan jika berhajat ke sana. Begitu besar perbelanjaan.

Jadi, bagaimana kita boleh meminimumkan kos dengan memborong barang yang berkualiti pada harga yang rendah. Dengan kemudahan sistem internet, laman website borong dari China telah diwujudkan. Sebagai permulaan anda boleh mendaftar di Taoboa.com . Jika anda inginkan sedikit panduan bagaimana cara mendaftar di laman web ini boleh rujuk : Panduan Pendaftaran Taoboa 

Jika sudah berjaya, anda boleh membuat pemilihan produk. Pembelian produk bergantung pada permintaan. Ada permintaan penjualan semakin mudah. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika membuat pembelian secara online. Pastikan produk yang anda pilih tidak mudah rosak dan tidak begitu sensitif. Ini memudahkan proses barangan dihantar melalui perkhidmatan kurier.

Ada dua pembelian cara borong menggunakan online. Anda boleh melakukan sendiri atau menggunakan perkhidmatan ejen. Ada beberapa kelebihan menggunakan ejen berbanding melakukan secara bersendirian. Masalah utama apabila tifak menggunakan ejen melibatkan masalah pembayaran, penghantaran/refund dan pelepasan barang daripada pihak kastam. Dengan wujudnya ejen yang menawarkan perkhidmatan pengurusan barang dari China, ini mampu menjimatkan masa dan barang dapat dalam keadaan baik. Untuk melihat cara pengiraan kos menggunakan ejen anda boleh rujuk link facebook ini : https://www.facebook.com/notes/taobao-agent-malaysia/how-to-order-fees/1551066558507428

pembekal barangan china


Bila barang yang sudah dipesan sudah sampai ke rumah anda, seterusnya pemeriksaan setiap barang perlu dilakukan sebelum menjual. Anda wajib buat perkara ini untuk mengelakkan barang yang dijual pada pelanggan mengalami kerosakan. Sedikit kesilapan boleh menjejaskan reputasi anda sebagai peniaga online.  Bagi anda yang belum biasa menjual produk fizikal secara online, contoh ayat/skrip boleh anda klik pautan  Rahsia Bisnes Online Barang China di sini.


Iklan : Bagaimana anda mempu jimatkan RM3000 dengan borong produk dari China Secara Online.

Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my

Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar.

Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan?

Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan. Antara sebabnya : 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan.
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah.
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita.
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD).
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA).
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan.
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan.
Dengan tawaran yang baik, tidak mustahil pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan. Keadaan sudah berubah. Tawaran pekerjaan yang sangat terhad menyebabkan persaingan semakin tinggi. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum anda memasuki alam temuduga.

kerja kosong kerajaan


Tips ringkas untuk anda lulus temuduga.
  1. Selepas anda mendapat surat panggilan untuk temuduga, baca dengan teliti. Lihat tarikh dan tempat temuduga. Jadi anda boleh rujuk tempat temuduga dengan lebih awal. 
  2. Sediakan dokumen - dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga. Pastikan lengkap dan tersusun. Ini untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda.
  3. Berpakain kemas dan tidak terlalu seksi.
  4. Duduk dengan sopan, dan mata fokus ke arah penemuduga.
kerja kosong kerajaan




Antara soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga :

  • Terangkan Tentang Diri Anda?
  • Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  • Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  • Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  • Apa Lebihnya Anda Berbanding Calon Lain?
  • Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  • Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  • Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  • Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  • Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?
Sebagai rujukan untuk anda lulus temuduga, anda boleh rujuk panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan . Tip - tip penting ketika temuduga akan dikongsikan sebagai rujukan. Semoga berjaya.
Saham adalah salah satu cara untuk menggandakan wang tanpa perlu bekerja. Aktiviti jual beli saham masih baru dikalangan orang Melayu. Ramai yang menganggap saham hanya untuk orang-orang kaya. Modal perlu besar, dan mereka masih selesa dengan pelaburan saham ASB.


haram pelaburan asb



Beberapa tahun kebelakangan ini, isu pelaburan ASB adalah tidak mengikut syariah menggemparkan para pelabur ASB. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan mengenai ASB. Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini kita boleh rujuk blog tulisan Ust.Zaharudin di link ini :


Ada fatwa mengatakan pelaburan ASB ini adalah HARUS. Pelaburan ASB ada baik dan ada juga kelemahannya. Jadi di sini kita akan kupas beberapa isu ASB dan SAHAM.
  1. Dividen ASB purata setiap tahun 7.5% berbanding SAHAM 20% - 100% setiap tahun.
  2. ASB berisiko rendah berbanding SAHAM
  3. ASB hanya simpan dan tunggu berbanding SAHAM anda perlu pantau setiap hari.
  4. Akaun simpanan ASB boleh buka di bank konvensional, manakala SAHAM hanya di Investment Bank.
  5. Status pelaburan saham mengikut syariah berbanding status pelaburan ASB.
  6. Akaun saham boleh diwarisi berbanding akaun ASB.
belajar saham

Pelaburan saham masih baru dan fresh dikalangan melayu. Jadi masih banyak ruang yang boleh kita belajar mengenai saham. Ada yang menganggap urusniaga ini boleh jadikan kita muflis dan berisiko tinggi. Jika anda masih berfikiran seperti ini, anda masih silap. Sebenarnya pelaburan saham adalah pelaburan yang menguntungkan.

Jika ada yang berjinak-jinak untuk melabur saham, pastikan anda ada ilmu mengenai pelaburan saham. Pastikan ada asas mengenai saham, sebelum bermula. Kini pelaburan saham semakin mudah. Anda boleh duduk depan laptop, online stock saham dan lihat pergerakan graf secara santai di rumah atau di pejabat. 

Bagaimana jika masih belum jumpa panduan ilmu cara melabur saham?
Saya boleh syorkan kepada anda sebuah ebook mengenai saham tulisan Tuan Khairul Arrifin
Boleh rujuk di laman web ini SistemSaham.com

Apa yang saya katakan, anda harus belajar ilmu asas pelaburan saham. Anda boleh jadikan Wuffen Burret sebagai idola. Beliau merupakan pelabur saham paling berjaya dalam era moden. Mula dan praktis. Itu adalah yang terbaik.